LOTUS DESARU BEACH RESORT, JOHOR
Hai semua,
tengah plan nak bercuti ke?
nak bercuti sambil-sambil mencari ketenangan bersama keluarga ke?
hahh jom try pergi LOTUS DESARU BEACH RESORT, KOTA TINGGI JOHOR, i bagi review 4.5 bintang daripada 5 bintang okay..nak tahu sebab apa?? meh i kongsi..
Percutian 2 hari 1malam
a) Bilik - 1 Queen bed, Oven, Heater, Hair dryer, Bath tab, Peti keselamatan, Iron & board and etc..
hahh, nilah keadaan sebenar dalam bilik di resort.. sangatlah selesa, bersih, nyaman, moden dan styelish dekorasinya. kalau anda berminat dengan english style, inilah tempatnya yang sangat sesuai..
ada dua tingkat taw, di ruang bawah untuk menonton televisyen serta ruang makan.. manakala, di tingkat dua pulak, ada satu katil queen mengikut pilihan anda nak queen or single..keduanya ada tandas, manakala aras atas ada tab mandi serta peti keselamatan juga disediakan..tengok tv macam-macam siaran ada almaklumlah dekat dengan singapore kan.. hehehe
i dapat Blok B dan menghadap water park, so bila bukak sliding door dapatlah tengok orang ramai menjerit keriangan sedang bermain air di waterpark dibawah. sangat meriah dan sangat nyaman je dikelilingi pokok-pokok serta angin laut yang bertiupan..you must come here!
hahh, ni pulak katil queen yang diberi , besar daripada katil queen biasa muatlah 4 orang nak tidur. sebab i , kakak dan dua orang anaknya tidur katil ni dan masih selesa even kakak sedang sarat pragnent dan anak sulungnya bersaiz chubby sikit..punyala nak jimat, abang ipar i tidur kat bawah ada sofa panjang so dialah tidur bawah..dia kata selesa je sofa mahal kot. kekeke~
hah nak intai orang kat bawah pon boleh, sebab tiada syiling antara dua tingkat ini, so kalau nak honeymoon pon bolehlah bergurau senda baling bantal dari atas ke bawah nanti. kah! untuk yg bawak anak tu carefull sebab tangganya memang bahaya sikitlah bila nak turun tu dan jangan biarkan anak anda bermain ditepi ruang-ruang besi penghadang tu okay..tinggi oi kalau jatuh!
untuk pasangan yang nak honeymoon bolehlah pergi sini, tak payah pergi luar negara kat sini pon dah okay. services tiptop.. ;)
b) Harga & Book - RM 238 using AGODA
Percutian ni ditaja oleh kakak i yang teringin nak spend time bersama anak-anaknya sebelum berpantang nanti.. kebetulan anak-anaknya cuti sekolah dan i pulak baru nak cuti midsem so kakak pon decide nak ke sini 2minggu awal, and we decide used online booking with AGODA APPLICATION.. so, i lah yang kena booking semuanya sebab kakak busy dengan kerja dan keluarganya.. gigihla i buat reseacrh nak pakai AGODA or BOOKING.COM or TRIVAGO..
Setelah membuat kajian i dapati AGODA lagi murah okay berbanding yang lain, so i terus je book melalui agoda ni..beza yang sangat jauh korang kena buat kajian dulu okay jangan tertipu diiklan tv tu okayy. hehe *tipstravel*
c) Accomandation - shuttle 24hour, gymnasium, swimming pool, bar, BBQ, waterpark, playground, mini zoo, banana boat, jet ski, donut boat , outdoor activity, sunset , beach and etc...
resort ni macam-macam ada, you guys pilih je nak buat aktiviti apa insyallah ada kat sini, sesuai dengan semua peringkat umur.. so sesuai sangatlah kalau pergi dengan keluarga bersama kann, nak bergerak ke sesuatu tempat tak perlulah nak bawak kereta ke sana ke mari you guys just tunggu shuttle sampai di bawah blok anda dan naik bila shuttle tak penuh sebab shuttle ni akan pusing satu resort ni untuk bawa pelancong ke destinasi masing-masing, so nak bawak orang tua tak perlulah risau. ;)
i just sempat waterpark and swimming pool saja, sebab hujan yang lebat pulak masa tuuu.. kecewa anak-anak buah i Aiman dan Chacha sebab doranglah paling teruja nak buat aktviti kat sini.. huhuhu
waterpark ni tadelah sebesar macam Gambang waterpark, Melaka waterpark dan Bangi waterpark yang i dah pergi, biasa-biasa sahaja tapi fun lah jugakk..waterpark dikelilingi dengan tumbuhan hijau yang lebih menenangkan fikiran kita daripada segala kerja di univerisiti mahupun ditempat kerja just trust me. hihihih :)
tengsh tunggu shuttle di bawah blok. hihihi
di bahagian tengah resort
Kakak dan keluarganya.
Naik shuttle
Mini zoo
Nikmati sunset.