DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
diploma kejuruteraan awam???
dari kecik aku dibesarkan dengan teknikal didalam rumah oleh keluarga.. mostly elektrikal la, dan macamana tah aku sorang je yang tercampak ke dunia construction ni..hmmm
well, hidup mesti diteruskann, redah aje apa didepan mata. haha jangan memilih sangat hidup ni orang tua2 kata, nanti menyesal tak sudah. haha
okay bermulalah kisah aku, dalam dunia pembinaan ni..mulanya aku memang dlm bidang elektrikal pon masa kat teknik JB. tapi sebab ak tak confident, akhirnya aku ambil diploma kejuruteraan awam di Politeknik Sultan Idris Shah Sg Lang Selangor. Bermulalah segalanya hidupku di dalam dunia pembinaan.
Perempuan kecil dan pendek macam aku ni semua orang petikaikan kenapa aku masuk dalam dunia civil ni, yelah wehh dunia pembinaan sesuai untuk orang lelaki je lagi-lagi kat site nak angkat benda yang berat-berat tak kan orang pompuan yg angkat kan.. tapelahh dah masuk dah pon dalam dunia ni aku tak nak patah balik lagi macam aku buat masa sekolah dulu, jadinya aku terus cekal *cehwahhh* untuk tekad belajar dalam dunia civil ni. macam-macam aku belajar dan banyak benda yang aku telah perolehi sekaligus bukak minda aku ni untuk tahu lebih dekat lagi pasal pembinaan banggunan.
Dari kecil ak memang minat tengok lukisan arkitek buat rumah, nak pulak masa tu abang-abang aku sekolah teknik asal balik rumah je bawak papan Lukisan Kejuruteraan (LK) dan lukisan-lukisan yang dorang hasilkan sangat superb dan berbakat. dari situ aku teringin nak belajar melukis dan sangat sukakan lukisan sampai kat mana-mana je aku pergi bila nampak bangunan yang moden aku akan over ecited nak tahu mcamana design banggunan tu dibuat dan dihasilkan. sejak minat cerita korea, minda aku semakin dibuka dengan meluas mengenai design-design bangunan yang sangat moden dan elegen dari dunia pembangunan negara korea. Korea sangat kreatif dan ada teknologi yang sangat maju berbanding di negara kita ni tak mustahillah korea miliki bangunan yang sangat moden..
Diploma civil ni terdiri daripada banyak major yang aku belajar seperti ukur tanah, air, geoteknik (tanah), banggunan, jalan raya dan lain-lain lagi. ukur tanah atau survey engineering adalah dimana aku belajar untuk mengukur keluasan tapak site yang akan dibina, manakala geoteknik pula aku pelajari untuk mengetahui kekuatan tanah samaada sesuai ataupun tidak untuk melakukan pembinaan di kekuasan itu, air pula lebih kepada merawat air dan pembahagian air kepada manusia serta mengenai pencemaran-pencemarannya. Part paling menggembirakan adalah part jalan raya dimana aku belajar untuk mengeanli sistem di highway,tanda amaran dijalan raya, parking dan selekoh dijalan raya. Bila pergi lab kena pergi kat jalan raya kira bilangan kenderaan yg lalu sangat seronok wehh..hahhhh PART PALING SUSAH adalah mengenai banggunan di mana memerlukan kepandaian dari segi matematik, imaginasi dan kekuatan mental yg kuat untuk mengira banggunan yang kau bakal dirikan nanti. HAHA.
Ada orang kata politeknik ni low education la, taraf bawah-bawah la, budak-budak yg datang tak educated la. hello, politeknik la yang melahirkan ramai orang yang berkerjaya sekarang dalam industri okay.. kau pergi tanya petronas, malakoff, tnb yang ramai bekerja kt compny dorng tu daripada kelulusan poiteknik ok. we have more skilll than you expected.. Company nak skill bukan pointer yg kau ada, bukan teori yg kau ada drpd uni yg kau duduk tu. hahaha SO, untuk adik-adik yang nak masuk POLITEKNIK jangan la gusar atau tergugat dengan kata-kata orang lain yang tak tahu apa yang dorang kata, masuk je politeknik atleast kau belajar skill then keluar insyallah dapat kerja, daripada masuk U tapi keluar tak dapat kerja bertahun-tahun mengganggur. lagipun, semua kos yang politeknik offer adalah sangat diperlukan oleh market industri Malaysia sekarang.. bukan nak bangga dengan politeknik tapi its TRUE... hihihii
Diploma kejuruteraan awam ni tak delah susah sangat walaupun kau bukan dari sekolah teknik kau tetap akan boleh bawak masa buat diploma ni sebab apa masa diploma ni hanyalah basic je yang perlu kau tahu. dah habi diploma nanti bolehlah kerja as a construction site (gaji masyuk ok) , supervisor site, project coordinator, Qs, dan macam-macam lagilahh. kerja kau hanyla dok menghadap bangla dan indon cek dorang buat keja serta kawal pergerakkan dorang. cumanya berpanas sikit la dekat site tu.. i olls tak sanggup thats aku sambungg degree... to be continue part Degree pulak ye.. ehhehe
No comments:
Post a Comment