Pages

Thursday, 27 April 2017

LOTUS DESARU BEACH RESORT, JOHOR

LOTUS DESARU BEACH RESORT, JOHOR




Hai semua,
tengah plan nak bercuti ke?
nak bercuti sambil-sambil mencari ketenangan bersama keluarga ke?

hahh jom try pergi LOTUS  DESARU BEACH RESORT, KOTA TINGGI JOHOR, i bagi review 4.5 bintang daripada 5 bintang okay..nak tahu sebab apa?? meh i kongsi..

Percutian 2 hari 1malam

a) Bilik - 1 Queen bed, Oven, Heater, Hair dryer, Bath tab, Peti keselamatan, Iron & board and etc..

   
    

hahh, nilah keadaan sebenar dalam bilik di resort.. sangatlah selesa, bersih, nyaman, moden dan styelish dekorasinya. kalau anda berminat dengan english style, inilah tempatnya yang sangat sesuai..
ada dua tingkat taw, di ruang bawah untuk menonton televisyen serta ruang makan.. manakala, di tingkat dua pulak, ada satu katil queen mengikut pilihan anda nak queen or single..keduanya ada tandas, manakala aras atas ada tab mandi serta peti keselamatan juga disediakan..tengok tv macam-macam siaran ada almaklumlah dekat dengan singapore kan.. hehehe


i dapat Blok B dan menghadap water park, so bila bukak sliding door dapatlah tengok orang ramai menjerit keriangan sedang bermain air di waterpark dibawah. sangat meriah dan sangat nyaman je dikelilingi pokok-pokok serta angin laut yang bertiupan..you must come here!  


hahh, ni pulak katil queen yang diberi , besar daripada katil queen biasa muatlah 4 orang nak tidur. sebab i , kakak dan dua orang anaknya tidur katil ni dan masih selesa even kakak sedang sarat pragnent dan anak sulungnya bersaiz chubby sikit..punyala nak jimat, abang ipar i tidur kat bawah ada sofa panjang so dialah tidur bawah..dia kata selesa je sofa mahal kot. kekeke~

hah nak intai orang kat bawah pon boleh, sebab tiada syiling antara dua tingkat ini, so kalau nak honeymoon pon bolehlah bergurau senda baling bantal dari atas ke bawah nanti. kah! untuk yg bawak anak tu carefull sebab tangganya memang bahaya sikitlah bila nak turun tu dan jangan biarkan anak anda bermain ditepi ruang-ruang besi penghadang tu okay..tinggi oi kalau jatuh!

untuk pasangan yang nak honeymoon bolehlah pergi sini, tak payah pergi luar negara kat sini pon dah okay. services tiptop.. ;)


b) Harga & Book - RM 238 using AGODA

   Percutian ni ditaja oleh kakak i yang teringin nak spend time bersama anak-anaknya sebelum berpantang nanti.. kebetulan anak-anaknya cuti sekolah dan i pulak baru nak cuti midsem so kakak pon decide nak ke sini 2minggu awal, and we decide used online booking with AGODA APPLICATION.. so, i lah yang kena booking semuanya sebab kakak busy dengan kerja dan keluarganya.. gigihla i buat reseacrh nak pakai AGODA or BOOKING.COM or TRIVAGO..
Setelah membuat kajian i dapati AGODA lagi murah okay berbanding yang lain, so i terus je book melalui agoda ni..beza yang sangat jauh korang kena buat kajian dulu okay jangan tertipu diiklan tv tu okayy. hehe *tipstravel*


c) Accomandation - shuttle 24hour, gymnasium, swimming pool, bar, BBQ, waterpark, playground, mini zoo, banana boat, jet ski, donut boat , outdoor activity, sunset , beach and etc...

resort ni macam-macam ada, you guys pilih je nak buat aktiviti apa insyallah ada kat sini, sesuai dengan semua peringkat umur.. so sesuai sangatlah kalau pergi dengan keluarga bersama kann, nak bergerak ke sesuatu tempat tak perlulah nak bawak kereta ke sana ke mari you guys just tunggu shuttle sampai di bawah blok anda dan naik bila shuttle tak penuh sebab shuttle ni akan pusing satu resort ni untuk bawa pelancong ke destinasi masing-masing, so nak bawak orang tua tak perlulah risau. ;)

i just sempat waterpark and swimming pool saja, sebab hujan yang lebat pulak masa tuuu.. kecewa anak-anak buah i Aiman dan Chacha sebab doranglah paling teruja nak buat aktviti kat sini.. huhuhu

waterpark ni tadelah sebesar macam Gambang waterpark, Melaka waterpark  dan Bangi waterpark yang i dah pergi, biasa-biasa sahaja tapi fun lah jugakk..waterpark dikelilingi dengan tumbuhan hijau yang lebih menenangkan fikiran kita daripada segala kerja di univerisiti mahupun ditempat kerja just trust me. hihihih :)

tengsh tunggu shuttle di bawah blok. hihihi


                                                           di bahagian tengah resort


 
 Kakak dan keluarganya. 


 
    Naik shuttle

 
Mini zoo


 
 Nikmati sunset. 


Wednesday, 26 April 2017

PAKAIAN TRADISIONAL JEPUN DAN KOREA



hi, semua..
harini i share pasal pakaian tradisional jepun & korea okay..
biasanya orang yg suka kpop ni sangatlah teruja nak try benda-benda mcm ni.. KEKEKKE~
i have friends yang minat sangat dengan korea , jepun dan anime just like me., syukur being one sided together..

kebetulan, aida(si tudung hitam) hanya nak support member dia je yang tengah buat booth untuk Pesta Bahasa di Pusat Bahasa dan Linguistik, UKM Bangi. katanya, pesta tu utk student yang ambil subjek-subjek bahasa like bahasa jepun, korea, france, jerman dan macam-macam lagi untuk dinilai sebahagian projek untuk subjek dorang ambil tu. quite interesting jugaklah bila datang pesta ni, makanan dari macam-macam negara ada. but maaf i masa tu demam tak de nak mood nak ambil makanan. ;(

demam tak demam, sebab gila sangat nak try KIMONO ni gigih jugak tegakkan badan demi hanya untuk menyarung sehelai baju tradisional jepun ni. kekeke~


menurut penjaga booth jepun ni, YAKUTA adalah nama sebenar pakaian yang kami sedang pakai tu dan bukan kimono. rupanya Yakuta ini lebih nipis berbancing dengan kimono..ini kerana Kimono hanya sesuai dipakai pada musim sejuk kerana lebih tebal.. bak kata nawa(tudung maroon) kimono tu dah macam kain langsir kat rumah.. kekekke~

muka orang demam excited nak pakai yakuta. 

agak lama jugak nak pakai Yakuta ni sebab kekemasan dan keselesaan pemakai sangat diutamakan dan sangatlah banyak tali yang kena diikat pada Yakuta ni, reben kat belakang baju pulak telah dijahiit bagi memudahkan pemakai menurut penjaga booth, di jepun kebiasaannya reben itu dipakai secara manual oleh orang jepun kerana lebih kemas.. dan i rasa gembira sangat penjaga-penjaga booth jepun ni sangat friendly dan baik hati sebab bagi kami masa 20minit untuk mengayakan Yakuta ni dengan hanya sewa RM2. hehehe~



bermulalah babak-babak drama jepun kami di UKM pada petang yang cerah..kekeke~

kena pulak bergambar di bawah pokok, cuma tade bunga je pokok tu, kalau ada memang dah feeling habis dengan bunga sakura dahh. kekeke~
kamilah yang mulakan babak ini dengan buat tak tahu malu je ambil gambar sana sini, orang lain dok tengok apa ke benda tah budak-budak tu berangankan tu. HAHAHA, elehh lepas je kitorang pulangkan baju tu ramai dah berderet nak try baju Yakuta ni elehhh nak feeling-feeling macam kitaorg lahhh tuh kannn tapi maluu..buat apa nak malu akak-akak adik-adik oii nanti tak dapat,,kekeke~~ ;P


kami dok posing-posing boleh pulak ramai nak ambil gambar kami semua untuk disimpan sebagai kenangan mereka.. ada yang kata kami comel la.. *perasanjap*.. kami juga try ke booth-booth bahasa yang lain.. sebenarnya i nak dapat gift je, yelah free kan siapa yang tak nak.. kekeke~
ada satu booth ni suruh kami sebut bahasa mereka dengan betul atau hampir-hampirlah, so kami pon try jela atleast belajar lah jugak, walaupun payah gak nak sebut tersembur-sembur air liur kawan-kawan i, ekekeke. its okay nama pon pelajar dna belajar hehe dapatlah gift ni. ;)

be beautiful in your own way

semasa kami ke booth pakaian tradisional Korea, penjaga booth tiada masa tu tapi booth sebelahnya membenarkan kami cuba sebab yelah kann customer nak pakai, kawan i pon pakailah baju korea ni dengan gembira sekali.

sedang kawan i bergembira memakai baju ni, tetiba penjaga booth datang dan marah-marah tak boleh pakai sebab tengah closed. hello, waktu puncak student ramai datang kenapa perlu tutup??? tak pernah buat bisnes ke dik?? tapi normal lah tuh junior firstime baru nak join program kot kalut sikit, i ni dah join mood republik okay macam-macam hal bila bukak booth ni i lalui.. pandang kecik besar kecik besar je dorang ni bila suruh kawan i baru je seminit dua siap pakai pakaian ni. haishhh apa boleh buat terpaksalah bukak balik dan sempatlah i snapkan gambar kawan i yang comel ni menggayakannya. kekekek~











Saturday, 22 April 2017



     RESTORAN BANGI DONG, KOREAN BBQ BANGI 
      
                           


I peminat tegar kpop okay since dari sekolah menengah lagi dari tahun 2005 sampailah sekarang. okay lets talking about their food bagi peminat-peminat kpop mestilah teringin gila nak makan makanan korea kann. lagi-lagi yang bakar tuuu, ala-ala macam korea betul.. hihihi 

ada apa dengan Restoran Bangi Dong ni??? 

okayy, bagi peminat korea yang nak try makanan korea boleh try dekat sini, macam-macam makanan korea you all can try and rasa pon not bad lah sedap wehh...restoran ni terletak di Bangi Sentral sederet dengan Restoran hipster XOXO.. banggunan kedai ni terletak kat tengah-tengah banggunan Bangi Sentral so that korang kene cari betul-betul  dan ia agak comfiusing sedikit lah, tapi jangan give up kalau sesat mcm i haritu.. HAHAHA

Menu kat restoran ni terdiri daripada BBQ COMBO dan personal set. I suggest you try yg set combo sebab lebih jimat dan murah lah jugak. time tu i pergi dengan besfren i sorg je, so i ambill combo 3 dengan harga RM70. you can get fried rice, chicken, beef, ribeye, spicy bean curd soup..lepas dah order menu nanti abang kat situ akan berinteraksi dengan you guys. im so excited time tu wowww lelaki sembang pasal kpop patutlah abg ni sembang kat korean bbq ni lagu kat kedai pulak bukan main lagi pasang lagu Big Bang. oh my god, masa tuh memang feeling habis lah i dengan lagu Big Bang my favourite group kpop.. pasal makanan kalau korang tak tahu apa yang korang makan ita okay nanti dorang akan terangkan satu persatu kat korang.. hahh so tanyalah apa-apa yang korang nak pasal their food okay..


bila semua dah sampai di atas meja, abang disitu akan letakkan bawang besar yg dihiris diatas jaring bbq tu supaya apa yang kita bakar tadi tidak mudah melakat katanya. dan mula lah aktiviti bakar membakar, kalau u guys nak suruh abg kat situ buat pon boleh jugak atau sendiri nak buat pon boleh je..


ayam dan beef selepas bakar pon rasa lembut dan manisnya tetap ada, so korang mesti cuba.! bukan saja boleh makan macam tu je, i ambil daging tu salut dengan salad dan dicampur jugak dengan kimchi, sos ikan, garlic, dan macam-macam lagi.. hehe tak ingat la pulak dia. after this i lebih take note okay apa yg i makan..


hahhh, ni lah set yang kami dapat dalam combo 3 tadi. air pulak i pilih air barli dengan harga RM5 besfren i pulak pilih air green tea dengan harga RM7..
air dalam tin kecil je so u guys kalau nak jimat bolehlah bawak air minarel sendiri je okay.. makanla puas-puas sebab boleh refel.. hoyehhhh...
soup tu sedap walaupun tak sepedas tomyam tapi not bad la yelahh taste korea kann, kimchi pulak sedapppp sangat tak terlalu pedas.. sedap sangat!!

peminat korean bbq boleh lah cuba sebab tak mengecewakan tempat ni.. okay guyss selamat mencuba.. ;)

Friday, 7 April 2017

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM


diploma kejuruteraan awam???
dari kecik aku dibesarkan dengan teknikal didalam rumah oleh keluarga.. mostly elektrikal la, dan macamana tah aku sorang je yang tercampak ke dunia construction ni..hmmm
well, hidup mesti diteruskann, redah aje apa didepan mata. haha jangan memilih sangat hidup ni orang tua2 kata, nanti menyesal tak sudah. haha

okay bermulalah kisah aku, dalam dunia pembinaan ni..mulanya aku memang dlm bidang elektrikal pon masa kat teknik JB. tapi sebab ak tak confident, akhirnya aku ambil diploma kejuruteraan awam di Politeknik Sultan Idris Shah Sg Lang Selangor. Bermulalah segalanya hidupku di dalam dunia pembinaan.

Perempuan kecil dan pendek macam aku ni semua orang petikaikan kenapa aku masuk dalam dunia civil ni, yelah wehh dunia pembinaan sesuai untuk orang lelaki je lagi-lagi kat site nak angkat benda yang berat-berat tak kan orang pompuan yg angkat kan.. tapelahh dah masuk dah pon dalam dunia ni aku tak nak patah balik lagi macam aku buat masa sekolah dulu, jadinya aku terus cekal *cehwahhh* untuk tekad belajar dalam dunia civil ni. macam-macam aku belajar dan banyak benda yang aku telah perolehi sekaligus bukak minda aku ni untuk tahu lebih dekat lagi pasal pembinaan banggunan.

Dari kecil ak memang minat tengok lukisan arkitek buat rumah, nak pulak masa tu abang-abang aku sekolah teknik asal balik rumah je bawak papan Lukisan Kejuruteraan (LK) dan lukisan-lukisan yang dorang hasilkan sangat superb dan berbakat. dari situ aku teringin nak belajar melukis dan sangat sukakan lukisan sampai kat mana-mana je aku pergi bila nampak bangunan yang moden aku akan over ecited nak tahu mcamana design banggunan tu dibuat dan dihasilkan. sejak minat cerita korea, minda aku semakin dibuka dengan meluas mengenai design-design bangunan yang sangat moden dan elegen dari dunia pembangunan negara korea. Korea sangat kreatif dan ada teknologi yang sangat maju berbanding di negara kita ni tak mustahillah korea miliki bangunan yang sangat moden.. 

 Diploma civil ni terdiri daripada banyak major yang aku belajar seperti ukur tanah, air, geoteknik (tanah), banggunan, jalan raya dan lain-lain lagi. ukur tanah atau survey engineering adalah dimana aku belajar untuk mengukur keluasan tapak site yang akan dibina, manakala geoteknik pula aku pelajari untuk mengetahui kekuatan tanah samaada sesuai ataupun tidak untuk melakukan pembinaan di kekuasan itu, air pula lebih kepada merawat air dan pembahagian air kepada manusia serta mengenai pencemaran-pencemarannya. Part paling menggembirakan adalah part jalan raya dimana aku belajar untuk mengeanli sistem di highway,tanda amaran dijalan raya, parking dan selekoh dijalan raya. Bila pergi lab kena pergi kat jalan raya kira bilangan kenderaan yg lalu sangat seronok wehh..hahhhh PART PALING SUSAH adalah mengenai banggunan di mana memerlukan kepandaian dari segi matematik, imaginasi dan kekuatan mental yg kuat untuk mengira banggunan yang kau bakal dirikan nanti. HAHA.

Ada orang kata politeknik ni low education la, taraf bawah-bawah la, budak-budak yg datang tak educated la. hello, politeknik la yang melahirkan ramai orang yang berkerjaya sekarang dalam industri okay.. kau pergi tanya petronas, malakoff, tnb yang ramai bekerja kt compny dorng tu daripada kelulusan poiteknik ok. we have more skilll than you expected.. Company nak skill bukan pointer yg kau ada, bukan teori yg kau ada drpd uni yg kau duduk tu. hahaha SO, untuk adik-adik yang nak masuk POLITEKNIK jangan la gusar atau tergugat dengan kata-kata orang lain yang tak tahu apa yang dorang kata, masuk je politeknik atleast kau belajar skill then keluar insyallah dapat kerja, daripada masuk U tapi keluar tak dapat kerja bertahun-tahun mengganggur. lagipun, semua kos yang politeknik offer adalah sangat diperlukan oleh market industri Malaysia sekarang.. bukan nak bangga dengan politeknik tapi its TRUE... hihihii

Diploma kejuruteraan awam ni tak delah susah sangat walaupun kau bukan dari sekolah teknik kau tetap akan boleh bawak masa buat diploma ni sebab apa masa diploma ni hanyalah basic je yang perlu kau tahu. dah habi diploma nanti bolehlah kerja as a construction site (gaji masyuk ok) , supervisor site, project coordinator, Qs, dan macam-macam lagilahh. kerja kau hanyla dok menghadap bangla dan indon cek dorang buat keja serta kawal pergerakkan dorang. cumanya berpanas sikit la dekat site tu.. i olls tak sanggup thats aku sambungg degree... to be continue part Degree pulak ye.. ehhehe

ME


Assalamualaikum.
Hi, selamat pagi everyone.. Nama i nor sariyani , family & kawan panggil yany. Ada jugak yang panggil kakcik dan untuk anak-anak buah i semua panggil cik ani. hehehe
oh my god,, too late rite?? umur i dah 25 baru nak ada blogg ni.. sobbbsss.
btw, i memang dah lama nak buat blog ni but i terlalu suka dengan apps Instagram, disitu i dapat tengok macam-macam gambar yg klasik, moden ,real, fake dan lain-lain lagi..almaklumla, kan trend skrg everytg kita buat update di Ig kan..i lebih tertarik nak buat blog ni setelah terminat dengan VIVY YUSOF. she inspring me you knowww. Bijak Cantik Elegan Never give up and always Do The best like me.*AHAHAH*.. cumanya kami berlainan bidang..oh my goddd.. why i ambik engineeringg yang selalu lelaki ambik bidang ni..sobbbsss....
oklahh, here i will share everythg my experience about my life, family, friends, travel and love... ;)